Recently selalu hujan pagi. Alhamdulillah. Bila tgk muka Irhaa happy, pakai payung Hello Kitty yang Irhaa minta pinjam drpd Audi. dia suka betul kalau balik jalan kaki dalam hujan sebab itu saja peluang dia nak pakai payung. Rasanya semua budak-budak suka main hujan. Masa i kecil2 dulu memang tak pernah sekalipun dapat main hujan. Mak tak bagi sebab takut demam. Protective dan sayangnya dia pada kami... arwah mak dan abah buat segala2nya untuk kami. Walaupun i dah kawin, diorang lah yang selalu datang melawat dan tolong i di sini sebab mak tau, agak susah untuk i balik kalau bukan cuti sekolah.
Dan alhamdulillah tahun ni i dapat hantar Irhaa ke sekolah setiap hari. Dulu kami naik basikal, tapi semenjak lutut i bengkak baru2 ni, dan belum baik betul, kami berjalan kaki ke sekolah. it will take 10mins, give and take. Dan sebab exclusive kami berjalan berdua sahaja, maka dapatlah i berbual dgn dia. Kalau dulu, naik kereta tak sampai 5 minit. Itupun my husband yang bawa dan it was with Adel, jadi masa untuk bercakap dgn dua anak dalam masa 5 minit, bahagi dua, dapatlah dua setengah minit seorang. tak sempat nak berbual banyak pun. tapi kali ni, kami mulakan perjalanan kami dgn doa. i ajar dia berdoa dalam bahasa English/Malay. i want her to be comfortable and i want her to learn to talk to Allah. Dan alhamdulillah, kalau mula2 dulu, i yang ingatkan dia, tapi sekarang dia yang berdoa. i yang tolong aminkan. kalau solat jemaah dgn Nahar, dia doa bahasa Arab. Eventho i suruh seali-sekala dia bacakan dalam bahasa yang anak2 faham, masih belum terlaksana lagi... jadi doa kami pagi2 ni i rasa sangat meaningful dan i think i works...
Moga anak2 kita jadi anak2 soleh, sihat dan cemerlang dunia akhirat. Ameen.
