Bento Box Lunches



Bento Lunch Box


dari tahun lepas Aydin minta i siapkan Bento Box untuk dibawa ke sekolah. Manalah ada masa nak kejarkan sarapan pagi dan siapkan Irhaa setiap hari. Berebut dan I kena bangun lebih awal dari biasa. sebetulnya  M-A-L-A-S!! rasa tak berbaloi sangat nak bangun pagi-pagi siapkan satu bento sahaja. tapi tahun ni Irhaa masuk Primary 1. dia pula minta Bento Box untuk dibawa ke sekolah buat bekalan Recess time. okey, i mesti cubalah kali ini sebab ada 2 permintaan. worth the time!

i pinjam buku-buku perpustakaan bahan bacaan dan rujukan sebelum siapkan Bento. kalau boleh biarlah sesuatu yang menarik dan pada waktu yang sama, sedap!

google pun juga. cari idea-idea menarik dan juga senang...


Hari Pertama ke sekolah.
-sandwich gulung salami ayam-ham dengan keju cheddar
-jagung manis
-anggur dan tomato ceri


Hari ke-2.
Aydin:
-Nasi goreng telur
-sosej ayam
-buah anggur

Irhaa: 
I nak dia belajar beratur di kantin sekolah untuk membeli makanan alang-alang dia ada "buddy" untuk tunjukkan dia. Sudah dipesan ke gerai No.8 untuk membeli Pau... jadi bekalannya ringkas:
-sosej
-anggur
-buah berangan
-cip kentang 




Irhaa tak beli pau pun, masih takut-takut lagi....

Hari ke-3
Hari Isnin, mereka pulang jam 3.15pm. Nahar pun minta bekalkan Bento kerana tak pulang makan tengahari hari ini.

-nasi untuk Nahar dan Nasi immpit untuk Aydin dan Irhaa
-tamagoyaki (telur gulung inti sayur bayam)
-buah oren dan pir
-buah berangan 
-ceri tomato
-kek kukuk gula hangus

Mereka suka lihat nasi impit bentuk kucing dan kereta. I tabur bijan hitam sebagai mata kucing dan roda kereta. 




Hari-4
-sandwic ikan
-udang digril
-sayur bunga kobis
-cendawan shiitake
-buah oren dan pear
-snek koko krunch




Hari-5

-spaghetti bebola daging kuah Bolognese (kuah pun i masak sendiri, senang dan lebih sedap daripada kuah dari balang dibeli di kedai)

tumis bawang dan tomato hingga jadi karamel (baru manis)
tambah airm biar mendidih seketika sehingga kuah mula kelihatan pekat
masukkan gula merah, rempah campuran Itali
perisa dengan garam dan lada hitam
tabur keju Parmesan






Hari ke-6
-nasi berkuah kari untuk Aydin
-ayam goreng bersalut tepung 
-telur kocak (omelette)
-kacang kuda
-jagung manis
-ceri tomato